AYUH! : PROGRAM KEPIMPINAN WANITA DALAM JKKK KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG Edisi : SEBERANG PERAI UTARA & SEBERANG PERAI SELATAN

Program AYUH! Adalah salah satu program daripada siri latihan kepimpinan wanita yang dianjurkan oleh PWDC. Secara amnya, program AYUH! dianjur dengan bertujuan meningkatkan penyertaan dan perwakilan wanita pada peringkat JKKK. Peningkatan penyertaan dan perwakilan wanita harus berlaku bukan sahaja dari segi bilangan tetapi juga dari segi substantif iaitu memperkasakan kapasiti mereka sebagai pemimpin dan pembuat keputusan peka gender.

Objektif program adalah:

  1. Untuk meningkat bilangan wanita yang berpotensi menjadi pemimpin yang efektif dalam tadbir urus tempatan khususnya diperingkat JKKK.
  2. Untuk membentuk perspektif dan membina kemahiran analisa kesaksamaan gender dan tadbir urus baik dikalangan peserta selaku bakal pemimpin wanita.
  3. Untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang struktur dan kuasa kerajaan secara amnya dan terhadap fungsi serta operasi JKKK secara khususnya.
  4. Untuk membentuk sebuah landasan jaringan ‘Networking platform’ dan kumpulan sokongan dikalangan bakal pemimpin wanita di Pulau Pinang.


Stay in Touch With Us

If you have any questions for our staff regarding our programs, services, or other ways you can get involved with our initiatives, we encourage you to get in touch. We’d love to hear from you.